Pages

Sunday, July 11, 2010

MENU SIHAT -> MINDA CERDAS, BADAN CERGAS

Amalkan cara pemakanan yang sihat supaya anda kelihatan cergas sepanjang hari. Makan 6x sehari, tapi makan dalam kuantiti yang kecil. Bak kata pepatah English: " You are what you eat! " Maksudnya, kita adalah apa yang kita makan. Kalau kita banyak makan gula, kemungkinan boleh dapat penyakit kencing manis. Kalau lebih makan kolestrol, badan pun boleh jadi gemuk! Kalau dah tahu pemakanan main peranan penting pada tubuh kita, jom makan makanan yang sihat supaya body kita pun insyaAllah sihat ^^


Sarapan Pagi
1 cawan bihun goreng, 1 ketul daging, 1/2 cawan sayur, 1 biji pisang, 1 gelas susu

Minum Pagi
1 biji karipap, 1 gelas jus oren

Makan Tengah hari
2 cawan nasi, 1 ketul dada ayam masak sup, 1/2 cawan sambal kerang, 1/2 cawan kailan goreng, 1/2 cawan ulam, 2 sudu sambal mangga, 1 gelas air kosong

Minum Petang
1 biji pau kacang, 1 potong betik, 1 gelas susu

Makan Malam
2 cawan nasi, 1 ekor ikan kembung bakar, 1/2 cawan bayam rebus, 3 potong timun, 1/2 biji jambu batu, 1 gelas air kosong

Minum Malam
1 gelas susu

** Jangan lupa exercise at least 30 minutes, 3 times weekly!!

0 comments: