Pages

Daisypath Anniversary tickers


Tuesday, July 27, 2010

JANGAN SIAKAN MASA LUANGMU

Demi MASA, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal salih dan mereka pula saling memberikan pengajaran tentang kebenaran dan kesabaran.
[Al-'Asr : 1-3]


Firman Allah SWT jelas memberi amaran, sia-sia hidup sesiapa yang tidak pernah memanfaatkan masa yang terluang tanpa mengerjakan sesuatu perkara yang berfaedah.

Perlu diingatkan, jangan dipersiakan peluang yang ada. Jadilah manusia yang bijak dalam menguruskan masa dan sentiasa mencari peluang untuk:
->MENAMBAH ILMU DUNIA
->MENAMBAH ILMU AKHIRAT

kerana dengan ilmu, seseorang akan dapat menemui kejayaan.

KEJAYAAN itu bukan destinasi, ia adalah satu perjalanan.”

** Pesanan untuk golongan muda :
" Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa tetapi Allah lebih mencintai REMAJA yang bertaqwa. "
[Saidina Ali k.w.j.]

0 comments: