Apabila ibu berasa sakit seperti kekejangan yang datang berulang-ulang, mungkin 20-30 minit di antara satu sama lain. Kesakitan ini disebabkan oleh kontraksi pada uterus dan lazimnya dirasakan pada bahagian bawah belakang. Ibu mungkin dapat melihat seluruh abdomennya menjadi tegang ketika kontraksi.
TANDA KEDUA:
Air ketuban pecah sebelum ibu berasa sebarang kontraksi dan cecair akan keluar melalui faraj. Sekiranya ibu mencangkung di tandas, ibu dapat melihat ketulan mukus keluar dari tubuhnya (disebut “tanda”). Ketulan mukus inilah yang menjadi penyumbat serviks ketika ibu mengandung, tetapi jatuh apabila serviks mula terbuka.

Apabila serviks terbuka sepenuhnya, uterus akan mengecut pada setiap 2 minit dan masa setiap kontraksi pula menjadi lebih lama iaitu lebih kurang 1 ½ minit bagi setiap satu kontaksi.
0 comments:
Post a Comment