Pages

Daisypath Anniversary tickers


Saturday, May 15, 2010

TIBA2 TERJAGA DARI TIDUR…

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba2. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian. “Oh, baru pukul 3 pagi.”

Dalam situasi seperti di atas, apa yang anda akan lakukan?? Di sini anda mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman anda dan buatlah pilihan sendiri :

Pilihan 1
Kebanyakan kita akan menarik semula selimut dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel, “apesal la aku terjaga awal sangat”. Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal??

Pilihan 2
“Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. “Ya Allah, ampunlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagian dunia dan akhirat”. Kemudian sambung kembali ‘ibadah senyap’.

Pilihan 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi, segera bangun untuk solat tahajud. Sembahlah Allah saat mata2 lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah.
____________________________________________________________________________

Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut.
Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga dan seterusnya bertahajud. Mintalah dari Allah untuk membangunkan kita pada malam2 berikutnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kepada Allah sebagai pencipta atas segala nikmat yang diberikan kepada kita.

0 comments: