Pages

Daisypath Anniversary tickers


Friday, May 16, 2014

PEGAWAI PENERANGAN GRED S41

PEGAWAI PENERANGAN GRED S41

Assalamualaikum wbt.........

~ ku berdiri no4 dari kanan

Pertama n selamanya ku panjatkan syukur kepada Ilahi atas segala nikmat-Nya, tidak terkecuali nikmat-Nya memilih aku sebagai salah seorang calon yang lulus dalam peperiksaan untuk kemasukan sebagai Pegawai Penerangan S41 yang telah diadakan pada 1 Mac 2014 di PSDC, Semambu, Kuantan, Pahang.

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman semasa menghadiri peperiksaan tersebut. Peperiksaan terdiri daripada 4 bahagian:

 1. PENGETAHUAN AM – berkenaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (sila rujuk website KKMM - visi, misi, fungsi, piagam etc), Jabatan Penerangan, dasar-dasar kerajaan, sedikit pasal ICT (contoh: maksud phising, berkenaan Operating System (OS) etc).
2. PENYELESAIAN MASALAH – lebih kepada subjek matematik PMR n SPM – probability, mid medium mod, percentage, fraction etc.
3. ESEI BAHASA MELAYU – contoh tajuk: Subsidi yang diberi oleh kerajaan, Kebaikan PLKN, isu semasa seperti masalah perumahan terbengkalai, apa puncanya?
4. ESEI BAHASA INGGERIS – contoh tajuk: Social media is very popular among Y generation, give your opinion.

Sebulan selepas itu, keputusan peperiksaan telah diumumkan di website SPA, alhamdulillah I was success! ;)
_________________________________________________________________________

Selepas itu, SPA telah menjemput untuk ke Program Assessment Centre (PAC) di Politeknik Port Dickson, pada 10 Mei 2014. SPA telah umumkan sebulan sebelum PAC berlangsung, maka sempatlah aku membuat sedikit sebanyak persiapan.

Sebelum aktiviti dijalankan, calon akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan, mungkin antara 12-14 orang setiap kumpulan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:

1. UJIAN PENAKSIRAN PERSONALITI – kena jawab 200 soalan ABCDE dalam masa ½ jam, jawab dalam kertas OMR. (Soalan berulang-ulang berkaitan diri kita, macam soalan MEDSI untuk siapa-siapa yang mohon jawatan guru). So, jangan sesekali menipu!
2. AKTIVITI 1 – DEBAT ALA PARLIMEN – 2 orang panel yang akan menilai. Seorang panel akan bertingak sebagai Speaker Dewan, seorang lagi akan menilai kita. Contoh tajuk untuk dibahaskan: 57 tahun sudah merdeka, adalakah perpaduan masih kukuh dia negara kita? Tajuk ke2: Generasi Y terlalu taksub dengan gadget komunikasi.
3. AKTIVITI 2 – PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN – 2 panel yang akan menilai. Contoh tajuk: Demam denggi semakin berleluasa, anjurkan 1 kempen untuk mengatasinya. Tajuk ke2: 2014 adalah tahun melawat Malaysia, wujudkan 1 kempen untuk tambah bilangan pelancong dating ke Malaysia.


TO BE CONTINUE................. ;)

Friday, February 17, 2012

MUHAMMAD AMIN - PERMATA HATI UMMI & ABI ^^

ALHAMDULILLAH, ummi selamat melahirkan MUHAMMAD AMIN pada hari selasa, 7.2.2012 bersamaan 14 Rabiulawwal 1433h, di HOSHAS, Temerloh. Berat waktu lahir: 2.83kg. Alhamdulillah syukur pada Allah dapat baby yang sangat comel.. ;p











****** SAKITNYA BERSALIN, Allah saja yang tahu. Tapi alhamdulillah, suami banyak membantu dalam proses berpantang. Suami yang cuci kain, masak, kemas rumah, buang sampah etc. Infiniti terima kasih diucapkan buat suami, AZIZI BIN ISMAIL n syukran ya Allah sebab kurniakan suami yang sangat memahami.. ^^

Sunday, January 29, 2012

BAGAIMANA IBU TAHU DIA AKAN BERSALIN?

TANDA PERTAMA:

Apabila ibu berasa sakit seperti kekejangan yang datang berulang-ulang, mungkin 20-30 minit di antara satu sama lain. Kesakitan ini disebabkan oleh kontraksi pada uterus dan lazimnya dirasakan pada bahagian bawah belakang. Ibu mungkin dapat melihat seluruh abdomennya menjadi tegang ketika kontraksi.


TANDA KEDUA:

Air ketuban pecah sebelum ibu berasa sebarang kontraksi dan cecair akan keluar melalui faraj. Sekiranya ibu mencangkung di tandas, ibu dapat melihat ketulan mukus keluar dari tubuhnya (disebut “tanda”). Ketulan mukus inilah yang menjadi penyumbat serviks ketika ibu mengandung, tetapi jatuh apabila serviks mula terbuka.



** Tempoh KONTRAKSI purata bagi anak pertama adalah 10 JAM. Jarak di antara kontraksi pada awal proses bersalin mungkin mengambil masa antara 20-30 minit, tetapi menjadi lebih kerap dan kuat apabila proses bersalin meningkat.
Apabila serviks terbuka sepenuhnya, uterus akan mengecut pada setiap 2 minit dan masa setiap kontraksi pula menjadi lebih lama iaitu lebih kurang 1 ½ minit bagi setiap satu kontaksi.

Wednesday, January 18, 2012

SUKA-DUKA PENGALAMAN MENGANDUNG ^^

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi atas kurniaanNya diberi pinjam SUAMI dan ZURIAT yang dijadualkan bakal melihat dunia bulan depan iaitu insyaAllah pada 24 Februari 2012 (due date) ;p


Ummi & Abi @ Gorek Bay Resort, Mersing


Pengalaman pertama kali mengandung memang pengalaman yang paling berharga dan tak boleh dilupakan. Lebih-lebih lagi waktu tu bulan Ramadhan.
Antara ALAHAN:
(FIRST TRIMESTER)

~ PENING
~ MUNTAH (Makan muntah, minum pun muntah)
~ ALERGI DENGAN BAU SUAMI
~ ALERGI BAU BILIK
~ ALERGI BAU BILIK AIR
~ ALERGI BAU SABUN, SHAMPOO, PENCUCI MUKA
~ TAK BOLEH MASAK & BAU TUMIS
~ BADAN LEMAH & KURUS


**Puasa dapat 5 hari sahaja.. penat nak qada, sabar ini ujianNYA ;p


Alhamdulillah, waktu trimester ke-2 keadaan kesihatan dah makin pulih. Makan pun dah selera sikit. Tapi masih ada saki-baki ALAHAN:
(2ND TRIMESTER)

~ PENING
~ MUNTAH
~ ALERGI DENGAN BAU SUAMI
~ ALERGI DENGAN BAU SABUN
~ TAK BOLEH MASAK & BAU TUMIS
~ SELALU DEMAM, SELSEMA & BATUK (kalau balik dari bercuti/berjalan jauh)



Alhamdulillah, waktu timester ke-3, alahan dah habis.
(3RD TRIMESTER)

~ RAJIN MASAK
~ SELERA MAKAN BERTAMBAH
~ PERUT SEMAKIN MEMBESAR
~ KALAU DUDUK, SUSAH NAK BANGUN
~ TAK BOLEH TIDUR TERLENTANG (sakit belakang)
~ KADANG-KADANG SOLAT DUDUK
~ PERUT RASA KURANG SELESA (baby selalu bergerak)
~ KAKI CRAMP (kadang-kadang)



**Sepanjang mengandung, alhamdulillah tak pernah mengidam makanan yang pelik-pelik.

**Tapi saya kurang selera makan nasi, lebih suka makan bihun sup atau kuey teow sup.

**Doakan moga saya selamat melahirkan baby insyaAllah next month (24 Februari 2012) ^^

Tuesday, December 6, 2011

MINUM SUSU IBU - JADIKAN BABY ANDA KUAT!



Susu ibu adalah makanan yang ideal untuk baby kerana:
mengandungi semua nutrien dalam jumlah yang seimbang untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan optimal baby.

mudah dicerna dan kurang memberikan masalah pada baby seperti: sembelit, cirit-birit dan alahan.

mengandungi antibodi dan unsur-unsur lain yang dapat melindungi baby dari jangkitan penyakit pada bulan-bulan pertama kelahirannya.


Pemberian susu ibu juga baik untuk diri kita:
mengeratkan ikatan emosi antara ummi & baby.

murah dan mudah.

mengembalikan bentuk badan ummi dengan lebih cepat dengan mengurangkan lemak-lemak yang tersimpan dalam badan semasa hamil.

mengembalikan rahim pada ukuran asal dengan cepat.

mengurangkan risiko 'breast cancer'.


*** Walau bagaimanapun, tidak salah memberi susu formula, tetapi lebih baik penyusuan badan dapat diteruskan. Jika ingin memberikan susu formula, pilih jenama yang mengandungi 'LATOBASILUS' kerana ia dapat membantu melindungi baby daripada kerap mendapat penyakit. InsyaAllah ^^

Friday, December 2, 2011

JAGA-JAGA DENGAN MUSUHMU.., SYAITAN!


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1.Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4.Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


Sunday, May 22, 2011

HAPPY MOTHER'S DAY.. LUV U MOM ^^



Selamat Hari Ibu buat ibuku, PUAN NASHA BINTI MOHAMAD. Terima kasih atas pengorbananmu memelihara, mendidik dan menjagaku sejak kecil hingga aku menjadi milik suami. Saaaayang mama....... ^^