Pages

Daisypath Anniversary tickers


Friday, May 16, 2014

PEGAWAI PENERANGAN GRED S41

PEGAWAI PENERANGAN GRED S41

Assalamualaikum wbt.........

~ ku berdiri no4 dari kanan

Pertama n selamanya ku panjatkan syukur kepada Ilahi atas segala nikmat-Nya, tidak terkecuali nikmat-Nya memilih aku sebagai salah seorang calon yang lulus dalam peperiksaan untuk kemasukan sebagai Pegawai Penerangan S41 yang telah diadakan pada 1 Mac 2014 di PSDC, Semambu, Kuantan, Pahang.

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman semasa menghadiri peperiksaan tersebut. Peperiksaan terdiri daripada 4 bahagian:

 1. PENGETAHUAN AM – berkenaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (sila rujuk website KKMM - visi, misi, fungsi, piagam etc), Jabatan Penerangan, dasar-dasar kerajaan, sedikit pasal ICT (contoh: maksud phising, berkenaan Operating System (OS) etc).
2. PENYELESAIAN MASALAH – lebih kepada subjek matematik PMR n SPM – probability, mid medium mod, percentage, fraction etc.
3. ESEI BAHASA MELAYU – contoh tajuk: Subsidi yang diberi oleh kerajaan, Kebaikan PLKN, isu semasa seperti masalah perumahan terbengkalai, apa puncanya?
4. ESEI BAHASA INGGERIS – contoh tajuk: Social media is very popular among Y generation, give your opinion.

Sebulan selepas itu, keputusan peperiksaan telah diumumkan di website SPA, alhamdulillah I was success! ;)
_________________________________________________________________________

Selepas itu, SPA telah menjemput untuk ke Program Assessment Centre (PAC) di Politeknik Port Dickson, pada 10 Mei 2014. SPA telah umumkan sebulan sebelum PAC berlangsung, maka sempatlah aku membuat sedikit sebanyak persiapan.

Sebelum aktiviti dijalankan, calon akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan, mungkin antara 12-14 orang setiap kumpulan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:

1. UJIAN PENAKSIRAN PERSONALITI – kena jawab 200 soalan ABCDE dalam masa ½ jam, jawab dalam kertas OMR. (Soalan berulang-ulang berkaitan diri kita, macam soalan MEDSI untuk siapa-siapa yang mohon jawatan guru). So, jangan sesekali menipu!
2. AKTIVITI 1 – DEBAT ALA PARLIMEN – 2 orang panel yang akan menilai. Seorang panel akan bertingak sebagai Speaker Dewan, seorang lagi akan menilai kita. Contoh tajuk untuk dibahaskan: 57 tahun sudah merdeka, adalakah perpaduan masih kukuh dia negara kita? Tajuk ke2: Generasi Y terlalu taksub dengan gadget komunikasi.
3. AKTIVITI 2 – PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN – 2 panel yang akan menilai. Contoh tajuk: Demam denggi semakin berleluasa, anjurkan 1 kempen untuk mengatasinya. Tajuk ke2: 2014 adalah tahun melawat Malaysia, wujudkan 1 kempen untuk tambah bilangan pelancong dating ke Malaysia.


TO BE CONTINUE................. ;)

0 comments: