Pages

Daisypath Anniversary tickers


Tuesday, December 6, 2011

MINUM SUSU IBU - JADIKAN BABY ANDA KUAT!



Susu ibu adalah makanan yang ideal untuk baby kerana:
mengandungi semua nutrien dalam jumlah yang seimbang untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan optimal baby.

mudah dicerna dan kurang memberikan masalah pada baby seperti: sembelit, cirit-birit dan alahan.

mengandungi antibodi dan unsur-unsur lain yang dapat melindungi baby dari jangkitan penyakit pada bulan-bulan pertama kelahirannya.


Pemberian susu ibu juga baik untuk diri kita:
mengeratkan ikatan emosi antara ummi & baby.

murah dan mudah.

mengembalikan bentuk badan ummi dengan lebih cepat dengan mengurangkan lemak-lemak yang tersimpan dalam badan semasa hamil.

mengembalikan rahim pada ukuran asal dengan cepat.

mengurangkan risiko 'breast cancer'.


*** Walau bagaimanapun, tidak salah memberi susu formula, tetapi lebih baik penyusuan badan dapat diteruskan. Jika ingin memberikan susu formula, pilih jenama yang mengandungi 'LATOBASILUS' kerana ia dapat membantu melindungi baby daripada kerap mendapat penyakit. InsyaAllah ^^

0 comments: