“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr R.A: Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.”
(al-Bukhari)
1. Hijrah mengandungi peranan yang besar dalam pembangunan ummah. Tanpa penghijrahan, suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik jika setiap individu yang ada di dalamnya telah rosak. Ini kerana kumpulan masyarakat itu akan bergantung sesama individu yang berada di dalamnya.
2. Hijrah amat ditekankan di dalam al-Quran dan disebutkan sebanyak lebih 28 kali di dalam berbagai bentuk dan makna. Hijrah perlu melibatkan hati, perkataan, pemikiran dan perbuatan supaya jiwa kita menjadi bersih daripada segala maksiat, dosa dan syirik. Cuba kita renung kisah khalifah Umar bin al-Khathab R.A., sebelum memeluk Islam dikenali dengan “penghulu para pelaku kejahatan”. Setelah beliau berhijrah menganut agama Islam, beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaduk, suka menolong orang miskin dan menjadi tonggak berkembangnya agama Islam.
3. Hakikatnya, hijrah sangatlah berat kerana memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Untuk memiliki pengorbanan dan kesabaran yang ikhlas kerana Allah SWT, kita perlu miliki keteguhan ilmu akidah, ilmu syariat dan ilmu akhlak serta beramal dengannya agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan daripada kenikmatan dunia yang fana ini.
-->Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Ustazah Madihah binti Mohamed Ibrahim di talian 04-928 5806(UUM).
0 comments:
Post a Comment